![Image from: [VIDEO] TNB sahkan kebakaran pencawang Kangkar Tebrau](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-16-at-19.41.21-1024x967.jpeg)
PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan kejadian kebakaran di Pencawang Masuk Utama (PMU) Kangkar Tebrau, Johor pada pukul 6.03 petang tadi.
Kejadian itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya.
TNB dalam kenyataan memaklumkan pasukan teknikalnya telah digerakkan ke lokasi dan sedang giat menjalankan kerja-kerja pemulihan bekalan elektrik kepada pengguna terjejas.
TNB turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami serta menghargai kesabaran dan kerjasama pengguna sepanjang proses pemulihan bekalan elektrik berlangsung.
Terdahulu, tular di media sosial kejadian itu menyebabkan gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya, sekali gus mencetuskan kekecohan di jalan raya apabila trafik dilaporkan menjadi tidak teratur.
Kejadian berkenaan turut tular di media sosial selepas seorang pengguna Threads berkongsi gambar kepulan asap tebal dari kawasan pencawang serta keadaan trafik yang sesak dengan kenderaan di persimpangan jalan.
Perkongsian itu mengundang perhatian pengguna media sosial yang memaklumkan gangguan elektrik berlaku secara tiba-tiba di beberapa kawasan sekitar Johor Bahru.- KOSMO! ONLINE
View on Threads
The post [VIDEO] TNB sahkan kebakaran pencawang Kangkar Tebrau appeared first on Kosmo Online.



![[KEMASKINI] 10 kawasan di JB ‘blackout’, pencawang TNB terbakar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/WhatsApp-Image-2026-10-16-at-20.12.46-e1792152855683-1024x679.jpeg)


