PN Lantik Samsuri Jadi Ketua Pembangkang, Umum Senarai Pengerusi Negeri

LocalPolitics
16 May 2026 • 5:12 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: PN Lantik Samsuri Jadi Ketua Pembangkang, Umum Senarai Pengerusi Negeri

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Perikatan Nasional (PN) mengumumkan pelantikan Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang yang baharu bagi menggantikan penyandang, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, pelantikan Ahli Parlimen Kemaman itu diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi PN Kali Ke-2 yang berlangsung di Hotel Royale Chulan pada hari ini, 16 Mei.

Senarai Pengerusi PN Negeri

Dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi yang turut dihadiri oleh semua Ahli Majlis Tertinggi dari parti-parti anggota, PN turut mengumumkan pelantikan Pengerusi PN negeri iaitu:

Perlis: Datuk Seri Shahidan Kassim
Kedah: Datuk Seri Muhammad Sanusi bin Md Nor
Pulau Pinang: Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai
Perak: Datuk Seri Ahmad Faizal bin Azumu
Selangor: Datuk Seri Mohamed Azmin bin Ali
Melaka: Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin
Johor: Datuk Dr. Sahruddin bin Jamal
Pahang: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Terengganu: Datuk Dr. Haji Alias bin Razak
Kelantan: Datuk Haji Ahmad bin Yakob
Sabah: Datuk Dr. Aliakbar bin Gulasan
Sarawak: Jaziri Alkaf Abdillah Suffian
Wilayah Persekutuan: Datuk Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin

Menerusi senarai tersebut Dr Mohd Radzi akan memegang dua jawatan Pengerusi Negeri iaitu Wilayah Persekutuan dan Melaka manakala pelantikan Pengerusi bagi Negeri Sembilan yang sebelum ini disandang Mohamad Hanifah Abu Baker ditangguhkan.

Tambahnya PN juga bersetuju secara prinsip untuk menerima kerjasama pilihan raya atau electoral pact bersama parti-parti tertentu yang mempunyai keserasian perjuangan dan kepentingan bersama dengan gabungan berkenaan.

Terdahulu Ahmad Samsuri mengesahkan Ahli Parlimen Larut yang telah dipecat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu sudah pun melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang.

Menurut Takiyuddin, Hamzah membuat keputusan berkenaan demi mewujudkan suasana lebih baik dalam gabungan pembangkang itu.

Sebagai info Lembaga Disiplin (BERSATU) memecat keahlian Hamzah Zainudin pada Februari 2026.

Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Datuk Mohd Radzi Manan, menerusi satu notis berkata, pemecatan Hamzah dibuat kerana tindakannya yang melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan parti.

View Original Article