MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

LocalPolitics
16 May 2026 • 8:33 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

MB Terengganu Ketua Pembangkang Baharu

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kemaman dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baharu.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN di sini hari ini.

Ahmad Samsuri, yang juga Menteri Besar Terengganu, dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, yang meletakkan jawatan.

“Mesyuarat bersetuju melantik Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar untuk memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang,” menurut kenyataan media PN yang turut dimuat naik di laman Facebook Ahmad Samsuri. – Getaran, 16 Mei 2026