PN sedia runding dengan BN hadapi PRN Melaka – Ahmad Samsuri

LocalPolitics
9 Aug 2026 • 9:02 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: PN sedia runding dengan BN hadapi PRN Melaka – Ahmad Samsuri

Perikatan Nasional terbuka dan bersedia mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka akan datang.

TAIPING: Perikatan Nasional (PN) terbuka dan bersedia mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Pengerusinya Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (gambar).

Beliau berkata meskipun belum ada sebarang perbincangan antara kedua-dua gabungan setakat ini, masih terdapat ruang yang luas untuk rundingan diadakan memandangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka belum diketahui.

“Kalau BN sedia untuk bincang, insya-Allah kita (PN) juga bersedia untuk bincang. Yang paling ideal ialah sebelum bubar (DUN Melaka),” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen PAS Perak Ke-23 di sini hari ini.

Turut hadir Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Perak.

Terdahulu, Ahmad Samsuri dalam ucapan pada perasmian konvensyen berkenaan berkata berdasarkan analisis beliau, kerjasama antara PN dan BN berpotensi membentuk kerajaan negeri pada PRN akan datang dengan peluang kemenangan kira-kira 75 peratus.

“… tetapi tentunya apa yang saya sebut pada awal tadi bahawa jalan kita ke arah itu tidak ada ‘lebuh raya’, tidak ada henti rehat, ia (laluan) akan penuh dengan onak dan duri yang memerlukan kecermatan, toleransi serta kesabaran yang tinggi.

“Itulah antara opsyen yang boleh menjadipencetus perubahan kepada kedudukan kita dari sekarang ini sebagai pembangkang kepada kerajaan. Soal bagaimana hendak jadi kerajaan dalam keadaan muafakat yang baharu itu, itu cerita kemudian,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved