PNB perkenal Rangka Kerja Kemampanan 2026

LocalBusiness & Finance
25 Sep 2026 • 7:38 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: PNB perkenal Rangka Kerja Kemampanan 2026

PETALING JAYA – Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini memperkenalkan Rangka Kerja Kemampanan 2026 (SF 2026), yang menyasarkan pelaburan dalam aset hijau dan peralihan sebanyak RM15 bilion, serta inisiatif impak sosial bernilai RM500 juta menjelang 2030.

SF 2026 dipandu tiga teras strategik, iaitu Memacu Kemampanan Organisasi, Tadbir Urus Bertanggungjawab, dan Memperkukuh Agenda Pembinaan Negara.

Berteraskan 16 sasaran yang boleh diukur, SF 2026 menterjemahkan aspirasi kemampanan PNB kepada tindakan dan hasil yang jelas merangkumi aspek alam sekitar, sosial dan tadbir urus.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata, SF 2026 bukanlah satu perubahan asas, sebaliknya merupakan kesinambungan daripada usaha yang telah dilaksanakan.

Jelasnya, apabila PNB memperkenalkan Rangka Kerja Kemampanan pada tahun 2022, ia telah membuat komitmen yang jelas untuk menterjemahkan aspirasi kemampanan kepada tindakan yang boleh diukur.

“Kini, kami telah berjaya mencapai lapan daripada 10 sasaran yang ditetapkan, di samping mencatat kemajuan yang bermakna dalam agenda kemampanan kami yang lebih menyeluruh.

“Ini termasuk mencapai sasaran Perusahaan Sifar Bersih 2025, memastikan 100 peratus penggunaan elektrik Perusahaan PNB disokong oleh sijil tenaga boleh baharu, serta melabur sebanyak RM8.1 bilion dalam aset hijau dan aset peralihan.

“Kami turut mencatat kemajuan dalam memperkukuh amalan di tempat kerja serta pelaburan bertanggungjawab merentasi portfolio kami.

“Pencapaian nyata ini membuktikan bahawa usaha kemampanan kini telah diterapkan dalam cara kami melabur, menjalankan operasi dan melaksanakan peranan kami sebagai institusi pelaburan yang bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

The post PNB perkenal Rangka Kerja Kemampanan 2026 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved