Pokok setinggi 30 kaki hempap empat kenderaan di Sandakan

5 Sep 2026 • 4:22 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Pokok setinggi 30 kaki hempap empat kenderaan di Sandakan

SANDAKAN: Empat kenderaan mengalami kerosakan selepas dihempap sebatang pokok besar yang tumbang ketika hujan lebat di Kampung Gas, Jalan Batu Sapi, di sini malam Rabu lalu.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 7.30 malam, menyebabkan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan serta kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang berkenaan.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sandakan Kapten (PA) Sulaiman Salama berkata pasukan berkenaan tiba di lokasi kira-kira jam 8.46 malam dan mendapati sebatang pokok hutan yang dianggarkan setinggi 30 kaki tumbang lalu menghempap empat kenderaan.

Katanya, pasukan menjalankan kerja-kerja memotong dan mengalihkan pokok menggunakan peralatan khas, dengan aspek keselamatan diberi keutamaan sepanjang operasi.

“Tiada kecederaan atau kematian dilaporkan dalam kejadian itu,” katanya. Operasi selesai kira-kira jam 10.50 malam selepas pokok berkenaan berjaya dipotong dan dialihkan sepenuhnya dari kawasan tersebut.

Lokasi kejadian kemudiannya diisytiharkan selamat dan terkawal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved