Pokok tumbang ganggu LRT laluan Shah Alam

17 Nov 2026 • 9:03 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Pokok tumbang ganggu LRT laluan Shah Alam

SHAH ALAM, 17 NOV: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.43 petang selepas mengalami kelewatan susulan kejadian pokok tumbang akibat cuaca buruk, petang tadi.

Kejadian berhampiran Stesen UiTM Shah Alam itu menyebabkan pokok memasuki kawasan landasan sekali gus mengganggu pergerakan tren di laluan berkenaan.

Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada jam 5.22 petang sehingga menyebabkan operasi perkhidmatan terganggu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden terbabit apabila semua penumpang diturunkan di Stesen Dato' Menteri.

"Pasukan teknikal berada di lokasi bagi membersihkan sisa serpihan pokok yang berada di landasan," menurut Rapid KL, lapor Harian Metro.

Susulan kejadian itu, pasukan teknikal menjalankan kerja pembersihan bagi memastikan kawasan landasan bebas daripada serpihan pokok.

Perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam kemudian kembali beroperasi seperti biasa pada jam 6.43 petang selepas kerja pembersihan selesai dilaksanakan.

Rapid KL turut memaklumkan pasukan operasinya akan terus memantau operasi sistem dan pergerakan tren di laluan berkenaan.

Pemantauan itu dilakukan bagi memastikan perkhidmatan LRT Laluan Shah Alam kekal stabil, selamat serta lancar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved