Polar ID Meletakkan Sistem Imbasan Wajah Sepenuhnya Di Bawah Skrin

TechnologyDigital
6 May 2026 • 11:18 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Lihat telefon di dalam tangan anda sekarang. Jika anda pengguna Android, pasti ada satu lubang untuk kamera swafoto di skrin. Jika anda pengguna iPhone pula, lubang kamera atau takuk skrin besar boleh dilihat pada bahagian atas skrin. Ini kerana sistem imbasan wajah sedia ada memerlukan kamera atau pemancar infra merah yang tidak boleh dihalang untuk berfungsi.

image is not available

Di Society for Information Display (SID) Display Week 2026 minggu ini, syarikat Metalenz memperlihatkan teknologi Polar ID Under Display yang meletakkan sistem imbasan wajah di bawah skrin OLED sepenuhnya. Ia hanya menggunakan satu kamera sahaja untuk berfungsi dam menurut Metalenz mempunyai ciri anti penipuan yang tidak boleh dipintas membolehkan ia dijadikan pengesahan untuk urusan pembayaran pada peranti.

Mereka menggunakan teknologi Metasurfaces yang dibangunkan sendiri bagi membolehkan kamera menangkap maklumat cahaya terpolarisasi walaupun berada di bawah skrin, sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh sistem sedia ada tanpa saiz terlalu besar atau kehilangan kualiti imej. Pada ketika ini teknologi Polar ID Under Display masih lagi sedang diperhalusi dengan sasaran digunakan pada telefon pintar menjelang 2028.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved