Polis akan rakam keterangan enam pendaki

8 Sep 2026 • 12:38 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis akan rakam keterangan enam pendaki
Enam individu termasuk dua kanak-kanak yang dilaporkan hilang ketika menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan, selamat tiba di Jeti Trojan, Tasik Temenggor, Gerik hari ini selepas dibawa keluar dari kawasan berkenaan. - Bernama

BAGAN SERAI - [DIKEMAS KINI] Polis akan merakam keterangan enam individu yang menyertai Ekspedisi Trans Gerah di Gunung Gerah, Kelantan yang ditemukan selamat semalam selepas dilaporkan hilang ketika mendaki gunung itu pada 29 Ogos.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, kesemua mangsa akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik bagi proses dokumentasi selepas dibawa keluar dari Pos Kemar.

"Kesemua mangsa akan dibenarkan pulang ke tempat masing-masing selepas proses dokumentasi berkenaan.

"Mereka juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian di sini pada Selasa.

Ditanya sama ada menjadi satu kesalahan pasangan suami itu membawa dua orang anak mereka melakukan aktiviti pendakian tersebut, Mohd Alwi berkata ,keempat-empat individu itu mempunyai permit yang sah.

"Sebenarnya, perkara itu (membawa anak mendaki) tidak menjadi satu isu sebab dalam permit itu memang dimasukkan butir-butir berkaitan dengan keluarga mereka," katanya.

Terdahulu, Wan Ahmad Aslam Wan Zairudin, 39, dan isteri Siti Zulaiha Norizan, 39, serta anak Diya Raisha, 13, dan Ahmad Raef, 9, serta dua malim gunung Shafiee Sidek, 49, dan Hazman Mamat, 43, telah dikesan selamat malam tadi sebelum dibawa menjalani pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pos Kemar.

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) bersama kesemua mangsa telah keluar dari Pos Kemar 8.30 pagi tadi dan tiba di Jeti Trojan, Tasik Banding pada 10.20 pagi sebelum dibawa ke IPD Gerik.

Sebelum ini, enam mangsa itu dilaporkan hilang selepas mendaki gunung itu pada 29 Ogos. Mereka dilaporkan gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan, iaitu 3 September dan ahli keluarga membuat laporan polis pada Ahad.- Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved