Polis buka kertas siasatan isu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

LocalPolitics
13 Aug 2026 • 12:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis buka kertas siasatan isu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak

IPOH – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan susulan laporan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) berkaitan penyebaran pelbagai dakwaan terhadap perbadanan itu, pengurusan serta individu tertentu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan bersama Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Laporan polis yang dibuat adalah si mangsalah, kita boleh istilahkan sebagai yang keluar dalam media tu. Setakat ini siasatan dibuat berdasarkan laporan itu. Kita buka kertas siasatan di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan bersama dengan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Setakat ini kita masih lagi dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sempena majlis pelupusan barang kes dadah dan ketum di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut Mohd. Alwi berkata, tiada sebarang saksi yang telah dipanggil untuk dirakam keterangan.

Selain itu, katanya, pihak polis juga belum menerima laporan daripada individu-individu yang didakwa menjadi mangsa gangguan.

“Kami juga masih menunggu maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengenai pemilik akaun TikTok berkenaan,” katanya.

Media melaporkan, PKNPk semalam membuat laporan polis serta aduan kepada MCMC mengenai penyebaran pelbagai dakwaan terhadap perbadanan itu, pengurusan serta individu tertentu yang dikaitkan dengan organisasi itu.

PKNPk dalam kenyataannya juga berkata, mereka mengambil maklum beberapa hantaran oleh sebuah laman Facebook yang sejak kebelakangan ini secara berterusan menyiarkan pelbagai tuduhan serius terhadap PKNPk dan pengurusannya.

Katana, penyebaran dakwaan tidak berasaskan fakta yang dapat disahkan tersebut berpotensi menjejaskan reputasi dan kredibiliti PKNPk serta pihak-pihak yang terlibat, selain menggugat keyakinan pelabur, pihak berkepentingan serta masyarakat umum. – KOSMO! ONLINE

The post Polis buka kertas siasatan isu Perbadanan Kemajuan Negeri Perak appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved