Polis buru haiwan liar misteri serang orang awam

9 Sep 2026 • 1:30 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis buru haiwan liar misteri serang orang awam

WASHINGTON: Pihak berkuasa di negeri New Hampshire, Amerika Syarikat (AS) kini sedang mengesan seekor haiwan misteri yang mencetuskan ketakutan dalam kalangan penduduk tempatan.

Jabatan Polis Lebanon (LPD) menerima tiga laporan berhubung serangan yang dipercayai dilakukan oleh haiwan liar yang sama di kawasan Park Centerra sejak 30 Ogos lalu.

Mangsa serangan menggambarkan makhluk berkenaan sebagai agresif secara luar biasa.

Terdapat pihak menduga ia mungkin seekor musang kelabu atau fisher. Haiwan itu ialah spe­sies pemangsa daripada keluarga musang.

“Setakat ini, pegawai polis Le­banon belum melihat atau bertembung sendiri dengan haiwan berkenaan dan disebabkan itu kami masih tidak dapat mengesahkan jenis haiwan yang terlibat,” kata LPD dalam satu kenyataan.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) daripada salah satu insiden serangan memaparkan haiwan berkenaan meluru keluar dari kawasan semak di Hutan Centerra.

Haiwan itu kemudian menye­rang seorang pemandu secara berulang kali di kawasan tempat letak kereta sebelum melarikan diri.

Haiwan tersebut kelihatan mempunyai ekor yang panjang dan tubuh yang tirus semasa melancarkan serangan pada bahagian kaki lelaki itu.

Orang ramai diberi amaran bahawa tingkah laku agresif sedemikian pada haiwan liar mungkin disebabkan oleh jangkitan penyakit anjing gila.

“LPD akan terus memantau kawasan Park Centerra dan berkoordinasi dengan Jabatan Ikan dan Game New Hampshire mengikut keperluan,” kata LPD. – AGENSI

The post Polis buru haiwan liar misteri serang orang awam appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved