Polis buru suspek cubaan samun kedai emas di Klang

20 Aug 2026 • 11:03 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis buru suspek cubaan samun kedai emas di Klang

Polis Klang Selatan sedang memburu suspek yang terlibat dalam kes cubaan samun bersenjata api di sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, Klang.

SHAH ALAM: Polis sedang memburu suspek dipercayai terlibat dalam kes cubaan samun sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana, Klang dekat sini pagi tadi yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintenden Kamalariifin Aman Shah mengesahkan perkara itu berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi itu juga, dipercayai telah menyebabkan kecederaan kepada individu selain melibatkan penggunaan senjata api.

“Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan, atas kesalahan mendatangkan kecederaan semasa cubaan samun berkumpulan. 

“Kes juga disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 atas kesalahan menunjukkan senjata api semasa cubaan melakukan samun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Kamalarifin turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Sulaimi Alawi @ Shaari menerusi talian 014-5719405, Bilik Gerakan IPD Klang Selatan (03-33762222) atau mana-mana balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman menunjukkan beberapa individu bersenjatakan tukul besi telah memasuki sebuah premis kedai emas dan menghentak kaca pameran dipercayai bertujuan untuk menyamun namun gagal dan melarikan diri dengan menaiki motosikal.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved