Polis buru suspek curi kabel bernilai RM15,000

16 Sep 2026 • 4:39 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis buru suspek curi kabel bernilai RM15,000

AMPANG JAYA – Polis sedang mengesan beberapa individu yang disyaki terlibat dalam cubaan mencuri kabel milik sebuah syarikat di Jalan Jelatek, Dato Keramat, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang pekerja syarikat berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang selepas menerima rakaman video kejadian yang tular di media sosial.

Menurut beliau, rakaman berkenaan memaparkan beberapa individu menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih dan sebuah Toyota Harrier putih dipercayai sedang menarik kabel milik syarikat berkenaan.

“Pihak syarikat menganggarkan kerugian akibat kejadian tersebut kira-kira RM15,000.

“Polis sedang menjalankan siasatan dan usaha mengesan individu terbabit termasuk mengenal pasti kenderaan yang digunakan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379, Seksyen 431A dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sekumpulan individu dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Jelatek di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Menerusi video tular di Threads memaparkan sekumpulan individu dan dua buah kereta serta sebuah motosikal selain ada yang memakai sarung muka bagi mengelak dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

The post Polis buru suspek curi kabel bernilai RM15,000 appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved