Polis Cari Individu Terbabit Dalam Insiden Pukul Lelaki OKU Di Pasar Tani

LocalPolitics
18 Jan 2025 • 10:32 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semalam, tular di media sosial tentang kes seorang lelaki OKU (orang kurang upaya) telah dipukul oleh beberapa orang individu di sebuah pasar tani di Padang Astaka Chukai, Terengganu.

Memetik laporan BERNAMA, lelaki berstatus OKU mental itu dipukul oleh orang awam di pasar tersebut kerana mangsa telah menunggang motosikal yang kemudiannya terlanggar sebuah gerai jualan selepas ia memasuki tapak jualan pasar tani.

Motosikal itu kemudiannya telah menyebabkan barang-barang jualan gerai berkenaan rosak kerana telah jatuh ke atas jalan.

Akibat dari itu, beberapa individu telah bertindak memukul mangsa OKU mental yang berusia 47 tahun itu, dipercayai kerana marah.

image is not available

Susulan kejadian itu, mangsa telah mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan pesakit luar.

Pihak polis pula kini dilaporkan sedang giat mengesan beberapa individu yang telah bertindak memukul lelaki OKU berkenaan untuk siasatan lanjut.

image is not available
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: BERNAMA

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.