Polis cekup 350 orang, rampas dadah 5.8 tan

13 Nov 2026 • 11:07 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis cekup 350 orang, rampas dadah  5.8 tan

WASHINGTON – Polis menahan 354 orang serta merampas sejumlah besar dadah, senjata api dan wang tunai dalam operasi pembanterasan global terhadap pengguna web gelap(dark web), kata pegawai Amerika Syarikat dan Eropah semalam.

Polis Kesatuan Eropah (Europol) berkata, pihaknya menyelaraskan operasi penyamaran di seluruh dunia dengan nama kod ‘Operation TorNado’ bersama pihak-pihak berkuasa lain antara  Mei 2025 hingga Oktober 2026 yang membawa kepada beratus-ratus serbuan di seluruh dunia.

Sebahagian besar tangkapan berlaku di Amerika Syarikat (132), diikuti Britain (59), Hungary (45), Jerman (41) dan Perancis (23).

“Operasi TorNado menangani salah satu ancaman keselamatan awam yang paling mendesak pada zaman ini iaitu penyeludupan fentanyl dan dadah maut lain melalui web gelap,” kata Timbalan Pengarah Biro Siasatan Persekutuan(FBI), Christopher Raia.

 “Pihak-pihak berkuasa ‘menghubungkan identiti dalam talian kepada pesalah di dunia sebenar, menjejaki transaksi kewangan haram  dan memusnahkan elemen penting infrastruktur yang membolehkan rangkaian ini beroperasi,” tambahnya.

Europol dalam satu kenyataan pula berkata, operasi itu ‘menyerlahkan daya tahan pasaran web gelap yang berkembang pesat dan terus menyesuaikan diri walaupun berdepan  pelbagai tindakan penutupan.’

Namun, Raia memberitahu bahawa operasi TorNado  harus menjadi amaran kepada sesiapa yang cuba menggunakan web gelap untuk menjual fentanyl, opioid sintetik dan dadah berbahaya lain.’

“Kerahsiaan identiti yang anda percaya dapat melindungi anda di web gelap bukanlah perisai.

“Sama ada anda beroperasi dari ruang bawah tanah, gudang, di seberang jalan, atau di seberang lautan, kami akan berusaha tanpa henti untuk menangkap anda,” katanya.

Di Eropah, pihak berkuasa merampas hampir satu tan dadah termasuk amfetamin, ketamin, MDMA, kokain dan ganja.

Lebih 4.8 tan dadah pula ditemui di Amerika Syarikat, bersama 152 senjata api dan AS$166 juta (RM741 juta) dalam bentuk wang tunai serta mata wang kripto.

Pasukan polis di 14 buah negara terlibat dalam operasi tersebut. – AFP

The post Polis cekup 350 orang, rampas dadah 5.8 tan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved