Polis Kemas Kini Kertas Siasatan Lelaki Fitnah Tok Batin Sorok Jaslinda

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 11:04 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Polis Kemas Kini Kertas Siasatan Lelaki Fitnah Tok Batin Sorok Jaslinda

IPOH, 22 Jun (Bernama) — Polis sedang memperkemaskan kertas siasatan berhubung kes fitnah terhadap Tok Batin Kampung Lubuk Gaharu menerusi siaran langsung di platform TikTok berkaitan penemuan pendaki wanita yang hilang, Jaslinda Saludin.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kertas siasatan itu telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan itu kami sudah hantar kepada pihak pendakwa raya dan kami perlu kemas kini lagi siasatan itu.

Selepas itu, pihak pendakwa raya akan buat keputusan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Mohd Alwi berkata lelaki berusia lingkungan 30-an yang direman selama empat hari sebelum ini bagi membantu siasatan berhubung kes fitnah itu telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Lelaki itu sebelum ini tular menerusi satu siaran langsung apabila mendakwa Tok Batin Mohd Asmmadi Abdullah “menyimpan” Jaslinda selama dua minggu dan akan berkahwin dengan pendaki wanita itu jika perkara terbabit tidak tular.

Terdahulu, suspek dilaporkan membuat permohonan maaf secara terbuka melalui rakaman video susulan kontroversi membabitkan hantaran berkenaan.

Pada 6 Jun lepas, Jaslinda, 49, ditemukan selamat oleh penduduk Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu selepas hilang selama 14 hari sejak 24 Mei ketika mendaki Gunung Batu Putih.– BERNAMA

The post Polis Kemas Kini Kertas Siasatan Lelaki Fitnah Tok Batin Sorok Jaslinda appeared first on The Malaysian Update.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved