Polis kenal pasti 12 suspek bakar hutan

Environment
13 Sep 2026 • 9:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis kenal pasti 12 suspek bakar hutan

JAKARTA – Polis Kalimantan Timur mengendalikan 37 kes kebakaran hutan dan tanah sepanjang tahun ini, dengan 12 individu dinamakan sebagai suspek, lapor laman berita Jakarta Globe. 

Kes-kes tersebut membabitkan kawasan hutan dan tanah seluas 494.14 hektar, demikian menurut polis di wilayah itu. 

Jurucakap Polis Kalimantan Timur dikenali sebagai Tedy berkata, daripada 37 kes yang direkodkan sehingga 30 Ogos lalu, 25 masih berada dalam siasatan, manakala 12 lagi telah berpindah ke peringkat siasatan rasmi. 

“Direktorat Jenayah Khas Polis Kalimantan Timur bersama polis daerah serta perbandaran sedang mengendalikan 37 kes jenayah yang melibatkan kebakaran hutan dan tanah. 

“Kesemua suspek diuruskan oleh beberapa unit polis termasuk di Samarinda, Kutai Timur, Kutai Kartanegara, Berau dan Balikpapan,” kata Tedy di Ibu Pejabat Polis Balikpapan kelmarin. 

Sebahagian besar suspek merupakan individu, walaupun sebilangan kawasan yang terbakar dimiliki oleh syarikat korporat.

Pihak berkuasa menegaskan kebanyakan kebakaran berpunca daripada aktiviti pembersihan tanah membabitkan pembakaran vegetasi, satu amalan yang menyumbang kepada kemunculan titik panas kebakaran baharu di beberapa bahagian wilayah tersebut. 

Polis berkata, mereka akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang membakar hutan dan tanah secara sengaja bagi mengelakkan kebakaran daripada terus merebak. – AGENSI

The post Polis kenal pasti 12 suspek bakar hutan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved