Dua lelaki ditahan selepas cubaan melarikan diri sejauh 50 kilometer

12 Sep 2026 • 2:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Dua lelaki ditahan selepas cubaan melarikan diri sejauh 50 kilometer
Tangkap layar video yang memaparkan dua suspek diberkas polis selepas dikejar sejauh 50 kilometer di Kota Tinggi.
Image from: Dua lelaki ditahan selepas cubaan melarikan diri sejauh 50 kilometer
Suspek turut memiliki rekod lampau berkait kes narkotik

KOTA TINGGI – Tindakan dua lelaki memecut kenderaan selepas diarahkan berhenti oleh polis membawa kepada aksi kejar-mengejar sejauh kira-kira 50 kilometer sebelum kedua-duanya berjaya diberkas di daerah ini awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.35 tengah malam apabila anggota peronda mengarahkan pemandu sebuah Proton Wira yang dinaiki kedua-dua suspek supaya memberhentikan kenderaan di Jalan Tun Sri Lanang.

“Bagaimanapun, pemandu kereta itu terus memecut laju dan memandu secara berbahaya.

“Aksi mengejar berlaku sejauh 50 kilometer bermula dari jalan tersebut menghala ke Ulu Tiram sebelum berakhir di Kilometer 31.5, Persimpangan Lampu Isyarat Taman Sri Saujana,” katanya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, tular di media sosial rakaman video berdurasi 32 saat yang memaparkan beberapa kereta peronda polis mengejar sebuah kenderaan dengan siren dibunyikan sepanjang perjalanan.

**media[3644963]**

Menurut Yusof, pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua suspek serta kenderaan yang mereka naiki menemukan dadah disyaki jenis syabu.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati kedua-dua lelaki itu positif methamphetamine.

“Kedua-dua suspek ini memang dikehendaki polis dan mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kes narkotik,” ujarnya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek kini direman selama empat hari sehingga Selasa bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, selain Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved