Polis kenal pasti ‘orang dalam’ terlibat kes juruterbang seludup dadah

4 Aug 2026 • 12:08 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis kenal pasti ‘orang dalam’ terlibat kes juruterbang seludup dadah

SHAH ALAM: Polis mengenal pasti seorang anggota pasukan beruniform yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyiasat punca dadah dibawa oleh seorang pembantu juruterbang berjaya melepasi tapisan keselamatan sebelum berlepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kakitangan berusia 30-an itu terlibat dalam prosedur saringan keselamatan di KLIA.

Katanya, suspek melepasi semua keempat-empat tahap saringan keselamatan pada laluan khas bagi kakitangan yang mempunyai kaedah pemeriksaan sama seperti dilalui penumpang.

“Sehingga kini kita sudah mengenal pasti seorang dan kita akan menghubunginya untuk disoal siasat, kalau ada keperluan kita akan buat tangkapan iaitu kakitangan di lapangan terbang yang terlibat dalam saringan tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini. – UTUSAN

Berita lanjut menyusul.

The post Polis kenal pasti ‘orang dalam’ terlibat kes juruterbang seludup dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved