Polis kesan lelaki bantu siasatan kes gangguan seksual pelajar Tingkatan Satu

6 Aug 2026 • 6:57 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis kesan lelaki bantu siasatan kes gangguan seksual pelajar Tingkatan Satu
Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes gangguan seksual di kawasan Taman Sri Saujana.

KOTA TINGGI - Polis giat mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kejadian gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di kawasan Taman Sri Saujana di sini, minggu lepas.

​Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima laporan pada 30 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a)(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Kita sedang mengesan seorang lelaki bertubuh tinggi, kurus dan berkulit gelap.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Zakiyah Daud menerusi talian 011-26046234,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

​Terdahulu, tular hantaran dimuat naik seorang wanita mendakwa anaknya yang dalam perjalanan ke sekolah antara 6.30 hingga 6.40 pagi diekori lelaki yang menunggang motosikal dengan beg penghantar makanan. 

Lelaki itu didakwa menunjukkan kemaluan dan video lucah pada telefon bimbit serta menawarkan wang sebelum cuba menarik tangan mangsa yang kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada guru. - Bernama

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved