Pengamal Perubatan Alternatif Ditahan Polis Bantu Siasatan Dakwaan Cabul Pelanggan

6 Aug 2026 • 9:36 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Pengamal Perubatan Alternatif Ditahan Polis Bantu Siasatan Dakwaan Cabul Pelanggan

KUALA LUMPUR - Seorang pengamal perubatan alternatif ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mencabul seorang wanita yang mendapatkan rawatan di sebuah pusat rawatan di Senawang, Negeri Sembilan bulan lalu.

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Senior Asisten Komisioner Mohd Nasharudin Mohd Shariff berkata, suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia lingkungan 60-an ditahan polis sekitar kawasan Senawang pada 27 Julai lalu.

Menurut beliau, setakat ini pihak polis telah menerima empat laporan berkaitan kes berkenaan.

“Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan perlakuan cabul yang melibatkan seorang pengamal perubatan alternatif di sebuah pusat rawatan di Senawang.

“Sehingga kini, sebanyak empat laporan telah diterima berkaitan kes tersebut. Polis turut mengambil keterangan daripada pengadu dan saksi, selain mendapatkan bukti-bukti berkaitan bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Mohd Nasharudin turut meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan tampil membantu siasatan dengan menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran. - Getaran, 6 Ogos 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved