Polis Lahad Datu selesaikan beberapa kes curi, pecah rumah

19 Jul 2026 • 1:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Polis Lahad Datu selesaikan beberapa kes curi, pecah rumah

LAHAD DATU: Polis daerah ini percaya berjaya menyelesaikan beberapa kes jenayah harta benda susulan siri tangkapan yang dilakukan antara 15 hingga 17 Julai.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata hasil risikan, siasatan dan operasi yang dijalankan membawa kepada penahanan empat lelaki tempatan serta dua warga asing yang disyaki terbabit dalam beberapa kes pecah rumah, kecurian dan curi motosikal.

Beliau berkata pada 15 Julai lalu, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menahan seorang lelaki tempatan berusia 53 tahun dan seorang warga asing berusia 32 tahun yang disyaki terlibat dalam beberapa kes pecah rumah dan kecurian di Taman Aman, Taman Aman Jaya 3, Taman Gembira, Taman Harapan dan Kampung Sharip.

“Susulan tangkapan itu pada 17 Julai, BSJ menahan seorang lelaki tempatan berusia 26 tahun kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah dan kecurian di Palm Height Residence.

“Semasa tangkapan dibuat polis turut merampas sebuah kereta Perodua Axia yang dipercayai digunakan suspek untuk melakukan jenayah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam operasi berasingan Dzulbaharin berkata polis turut menahan dua remaja berusia 15 dan 16 tahun kerana memiliki sebuah motosikal yang telah diubah suai tanpa dapat memberikan penjelasan munasabah.

Seorang lagi remaja berusia 17 tahun turut ditahan bersama sebuah motosikal Yamaha C100 yang dilaporkan hilang pada 16 Julai lalu.

Menurutnya semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah, Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana curi motosikal serta Seksyen 22A(1) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Sabah.

“Kejayaan ini adalah hasil komitmen berterusan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah dalam membanteras jenayah harta benda selain memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terpelihara.

“Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah,” katanya.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan segera diambil.

“Kerjasama masyarakat merupakan faktor utama dalam memastikan keamanan, keselamatan dan ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved