Polis lindung pencuri kabel? Kekeliruan sudut CCTV cetus spekulasi, KP Selangor dah buat semakan!

LocalPolitics
23 Sep 2026 • 12:25 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kekeliruan mengenai sudut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menjadi punca timbulnya spekulasi yang mengaitkan sebuah kenderaan peronda polis (MPV) dengan sindiket curi kabel di Kampung Tasek Tambahan, Ampang pada 19 September lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, anggota MPV terbabit sebenarnya sedang menjalankan tugas rasmi selepas menerima maklumat mengenai aktiviti curi kabel di lokasi berkenaan.

“Saya sudah membuat semakan, sebenarnya tidak ada kontroversi, anggota MPV yang membuat rondaan berkenaan melaksanakan tugasnya.
“Cuma yang saya lihat dipersoalkan apabila membabitkan sudut-sudut rakaman berkenaan seolah-olah menimbulkan kontroversi,” katanya, hari ini.
Image from: Polis lindung pencuri kabel? Kekeliruan sudut CCTV cetus spekulasi, KP Selangor dah buat semakan!

Kredit Foto: Afiq Razali/ Kosmo!

Menurutnya, anggota polis bergegas ke lokasi selepas menerima aduan berhubung aktiviti curi kabel bagi membuat pengesahan.

Katanya, anggota yang tiba di lokasi pada awalnya tidak menjangka kehadiran bilangan penjenayah yang ramai.

“Walaupun beberapa suspek melarikan diri sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, polis berjaya memberkas seorang individu di lokasi terbabit.
“Kita sudah membuat tangkapan ke atas seorang suspek dan siasatan dijalankan. Suspek sudah dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dikenakan denda RM8,000,” katanya.

Image from: Polis lindung pencuri kabel? Kekeliruan sudut CCTV cetus spekulasi, KP Selangor dah buat semakan!

Image from: Polis lindung pencuri kabel? Kekeliruan sudut CCTV cetus spekulasi, KP Selangor dah buat semakan!

Beliau berkata, operasi menjejaki dan mengesan rakan subahat suspek yang masih bebas kini sedang giat dijalankan.

Pada masa sama, siasatan lanjut turut dilakukan bagi memastikan kesahihan rakaman berkenaan serta mengenal pasti sekiranya wujud sebarang kelemahan ketika insiden berlaku.

Siasatan lanjut sedang dibuat bagi memastikan kesahihan rakaman serta mengenal pasti jika wujud sebarang kelemahan semasa insiden berlaku.

“Berkongsi (video) itu tidak menjadi isu, memang pihak polis amat mengharapkan perkongsian maklumat.
“Cuma nasihat saya, jangan cepat buat kesimpulan awal yang belum diketahui hujung pangkal ceritanya, ini kerana ia boleh menjatuhkan fitnah,”ujar beliau.

Image from: Polis lindung pencuri kabel? Kekeliruan sudut CCTV cetus spekulasi, KP Selangor dah buat semakan!

Sebelum ini, rakaman CCTV dari sebuah rumah berhampiran lokasi kejadian tular di beberapa platform media sosial termasuk Facebook dan Threads.

Rakaman berkenaan mengundang pelbagai reaksi warganet termasuk dakwaan kenderaan polis terbabit mengiringi kenderaan yang dipercayai membawa kabel curi.

Sumber: Harian Metro (Hafidzul Hilmi Mohd Noor)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved