Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar menjelaskan dakwaan yang mengatakan kenderaan peronda polis (MPV) seolah-olah melindungi kegiatan pencuri kabel di Kampung Tasek Tambahan, Ampang baru-baru ini.
Menurut beliau, dakwaan berkenaan timbul susulan kekeliruan terhadap sudut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di media sosial.
AdvertisementShazeli berkata, anggota MPV terbabit sebenarnya berada di lokasi selepas menerima maklumat mengenai aktiviti curi kabel dan bukannya untuk melindungi atau mengiringi kumpulan berkenaan.
Harian Metro / Faiz Anuar “Saya sudah membuat semakan, sebenarnya tidak ada kontroversi, anggota MPV yang membuat rondaan berkenaan melaksanakan tugasnya.
“Cuma yang saya lihat dipersoalkan apabila membabitkan sudut-sudut rakaman berkenaan seolah-olah menimbulkan kontroversi,” jelasnya.
Menurutnya, anggota polis bergegas ke lokasi selepas menerima aduan bagi membuat pengesahan berhubung kegiatan curi kabel tersebut.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi, polis tidak menyangka kumpulan suspek yang berada di kawasan berkenaan terdiri daripada jumlah yang ramai.
Menyedari kehadiran polis, beberapa suspek kemudian bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian.
“Kita sudah membuat tangkapan ke atas seorang suspek dan siasatan dijalankan. Suspek sudah dituduh di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dikenakan denda RM8,000,” katanya.
Dalam pada itu, polis masih giat mengesan rakan subahat suspek yang dipercayai masih bebas.
Polis turut menjalankan siasatan lanjut berhubung kesahihan rakaman CCTV berkenaan serta mengenal pasti sekiranya terdapat sebarang kelemahan ketika kejadian berlaku.
Shazeli berkata, orang ramai tidak menjadi masalah untuk berkongsi rakaman atau maklumat dengan pihak polis kerana ia boleh membantu siasatan.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan terlalu awal berdasarkan rakaman tertentu yang berpotensi menimbulkan fitnah. – HARIAN METRO
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Polis Kesan Video Tular Kes Curi Kabel Di Ampang, Siasatan Libat Seksyen 233 Libatkan Pemilik Video CCTV
The post “Sudut Pandang CCTV Buat Jadi Kontroversi” – KP Selangor Nafi Lindungi Pencuri Kabel first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






