Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak masak

5 Aug 2026 • 4:14 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Polis Marin gagalkan cubaan seludup minyak masak

SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah menggagalkan kegiatan disyaki menyeludup minyak masak bersubsidi ke negara jiran menerusi satu serbuan di kawasan tepi Sungai Siguntur, Sibugal Besar, di sini, pada Isnin.

Dalam operasi kira-kira jam 4.30 petang itu, tiga individu ditahan bagi membantu siasatan. Turut dirampas ialah sebuah bot, sebuah lori Isuzu tiga tan serta sejumlah besar minyak masak bersubsidi pelbagai jenama.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah ACP Ahmad Amri Abd Rahman berkata, keseluruhan nilai rampasan dianggarkan melebihi RM160,469.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga 3 Ogos tahun ini, pasukan itu merekodkan sebanyak 95 kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 melibatkan 91 tangkapan dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan melebihi RM25 juta.

Menurutnya, pencapaian itu mencerminkan komitmen berterusan pasukan dalam membanteras kegiatan penyeludupan dan ketirisan barangan kawalan bersubsidi.

Ahmad Amri menegaskan PPM Wilayah 4 Sabah akan terus memperhebatkan risikan serta operasi penguatkuasaan bagi memerangi ketirisan dan penyeludupan, khususnya cubaan membawa keluar barang kawalan bersubsidi ke negara jiran.

“Pasukan kekal komited memastikan setiap bentuk ketirisan dan penyeludupan dibanteras demi melindungi kepentingan serta hasil negara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved