14 November merupakan hari penentu bagi Negeri Melaka apabila rakyat akan keluar mengundi bagi memilih wakil rakyat dan pemimpin masing-masing untuk mentadbir.
Namun apa yang menjadi perhatian pada malam tadi (13 November) apabila lalu lintas menjadi terganggu dan sesak disebabkan konvoi motosikal yang terdiri daripada penyokong parti politik yang dipercayai mahu meraikan hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri terbabit.
View on Threads
View on Threads
Polis kesal tindan konvoi motosikal sebabkan kesesakan lalu lintas
Susulan itu, polis kontinjen Melaka turut menzahirkan rasa kesal atas tindakan penunggang motosikal yang berkumpul di beberapa lokasi termasuklah di persimpangan lampu isyarat berdekatan Melaka Sentral.
Bahkan turut tular beberapa video memaparkan aksi dan gelagat penunggang motosikal berkumpulan dengan membawa bendera parti.
Dipercayai disertai mat rempit yang ambil kesempatan untuk tunggang motosikal secara berbahaya
Malah ia turut dipercayai disertai kumpulan mat rempit yang didakwa mengambil kesempatan menunggang secara berbahaya serta berlumba.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar turut mengesahkan bahawa polis telah menerima banyak aduan awam mengenai kumpulan konvoi motosikal berkenaan yang berkumpul terlalu ramai sehingga menyebabkan pengguna jalan raya lain terkandas sehingga tiga jam.
“Saya mohonlah untuk malam ini kita faham walaupun pilihan raya lima tahun sekali, tapi janganlah kerana keterujaan kita menyusahkan orang lain.
“Jadi saya mohon mana-mana parti yang nak meraihkan kemenangan pada malam ini agar lebih berhemah, lebih toleransi dan saling hormat, menghormati.
“Janganlah ada timbul provokasi, jangan nak mengadu domba supaya akan menimbulkan kekecohan dan sebagainya,” ujarnya, lapor Buletin TV3.
Belum ada tangkapan, tapi ada kemalangan menyebabkan seorang maut dan 2 cedera
Menurut beliau lagi, ketika ini belum ada sebarang tangkapan yang dibuat berhubung insiden konvoi motosikal itu.
Akan tetapi seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah motosikal di kawasan Kandang yang dalam perjalanan pulang sebaik selesai menyertai konvoi parti politik.
“Saya lihat yang terbabit dalam konvoi bukan semuannya daripada kumpulan parti, ada juga mat rempit yang sengaja ambil kesempatan ikut serta hingga menimbulkan kekecohan ini.”

![Polis Melaka Kesal Geng Motosikal Konvoi & Berkumpul Hingga Ganggu Lalu Lintas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/Konvoi-motosikal.jpg)


![PRN Melaka: Konvoi Motosikal Berbaju Biru Langgar Lampu Merah Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/konvoi-gelombang-biru-langgar-lampu-merah.jpg?t=1794637702)

