![PRN Melaka: Konvoi Motosikal Berbaju Biru Langgar Lampu Merah Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/konvoi-gelombang-biru-langgar-lampu-merah.jpg)
Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Konvoi motosikal sememangnya menjadi antara pemandangan biasa setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN), termasuk di Melaka kali ini.
Selain menjadi medium untuk meraih perhatian pengundi, konvoi yang disertai penyokong parti dan jentera pilihan raya itu turut memeriahkan suasana kempen, khususnya ketika mereka bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain bagi menyatakan sokongan kepada calon dan parti masing-masing. Deruman enjin dan kibaran bendera parti sekali gus menjadi sebahagian daripada warna-warni kempen PRN Melaka.
Namun dalam keterujaan menyertai konvoi, orang ramai diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya.
Semalam (13 November) team BuzzKini dan TRP yang sedang bertugas di PRN Melaka terserempak dengan sekumpulan penunggang motosikal yang dirakam melanggar lampu isyarat merah di Bandar Hilir.
Dalam rakaman video tersebut, konvoi penunggang motosikal berkenaan dilihat memakai baju biru dan membawa bendera berwarna biru yang sinonim dengan Barisan Nasional (BN).
Lebih mencuri tumpuan, mereka terus berbuat demikian di saat dua (2) pejalan kaki sedang cuba untuk melintasi jalan trersebut menyebabkan kedua-duanya terpaksa berhenti dan menunggu konvoi selesai.
Selain kumpulan konvoi motosikal tersebut terdapat juga dua buah kereta yang turut melanggar lampu merah di kawasan terbabit.
View this post on Instagram
Turut tular video insiden serupa di Threads
Namun ia bukanlah satu-satunya insiden yang berlaku, di laman Threads turut tular insiden membabitkan sekumpulan besar penunggang motosikal yang membawa bendera PAS dan BN melanggar lampu isyarat merah hingga mengganggu kelancaran lalu lintas.
“Nasib tak berlanggar. Kita tengah (lampu) hijau mereka (geng konvoi) main tibai je,” kata seorang pengguna Threads.
Malah pengguna Threads tersebut turut memberikan gelaran “Barisan Rempit” kepada kumpulan penunggang motosikal berkenaan dipercayai kerana perbuatan mereka melanggar lampu isyarat merah ibarat golongan mat rempit.
View on Threads
Pun begitu pengguna Threads tersebut dalam satu lagi video berbeza turut memuji sekumpulan konvoi BN lain yang dilihat berhenti dan mematuhi lampu isyarat.
“Geng Tok Ajak ni rileks je tunggu lampu merah,” katanya dipercayai merujuk kepada penyokong calon BN di DUN Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.
Namun tidak dapat dipastikan apakah kumpulan-kumpulan penunggang motosikal ini merupakan kumpulan sama yang menyertai konvoi Gelombang Biru di Melaka.
View on Threads
Penularan video tersebut mencetuskan rasa tidak puas hati pengguna media sosial yang mahukan peserta konvoi dari apa jua parti untuk mematuhi undang-undang bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.
Ada juga yang berpendapat insiden sebegini kebiasaannya berlaku kerana rata-rata yang terlibat adalah golongan mat rempit dan anak muda.
Tidak kurang juga ada yang percaya kebanyakan mereka yang menyertai konvoi bermotosikal ini adalah orang luar dan bukannya penduduk asal di Melaka.
Ada juga sesetengah yangmerasakan mungkin terdapat di antara mereka golongan mat rempit yang sengaja mengambil kesempatan untuk acara konvoi sebegini.
Semalam, laman UMNO Online melaporkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memuji golongan anak muda yang menyertai konvoi motosikal Gelombang Biru di Lendu, Melaka bagi menzahirkan sokongan kepada BN yang pada hematnya telah membuktikan gelombang biru terus mendapat sambutan, khususnya menjelang hari terakhir kempen PRN Melaka.
“Konvoi Melaka bermotosikal ini memang luar biasa. Semangat anak-anak muda untuk turun beramai-ramai menzahirkan sokongan kepada gelombang biru amat terserlah.
“Semangat tersebut perlu diterjemahkan melalui peti undi dengan memastikan sokongan yang dizahirkan sepanjang kempen benar-benar menjadi undi pada hari pengundian. Itu yang paling penting,” katanya.

![Polis Melaka Kesal Geng Motosikal Konvoi & Berkumpul Hingga Ganggu Lalu Lintas [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/11/Konvoi-motosikal.jpg?t=1794641535)




