Polis Mohon Bantuan Kesan Nor Adlina

30 Nov 2025 • 4:41 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Polis Mohon Bantuan Kesan Nor Adlina

KUALA LUMPUR, 30 Nov (Bernama) — Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Dalma, Semenyih, Selangor, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata Nor Adlina Hassan, 16, kali terakhir dilihat di rumahnya kira-kira 8 malam hari berkenaan.

“Remaja itu berketinggian kira-kira 160 sentimeter dengan berat 40 kilogram, berambut lurus hitam dan mempunyai parut di pipi serta kelopak mata kanan.

“Ibu bapa Nor Adlina membuat laporan mengenai kehilangan remaja itu pada 7.40 malam semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Nor Adlina tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-89114222 atau pegawai penyiasat Insp Hafifi Noni 0116-7793860.

BACA: Syarikat Telekomunikasi Bakal Laksana Integrasi MyDigital ID Bermula 1 Disember
BACA: “Boleh Rosakkan…” Mat Saleh Kongsi Pengalaman, Dedah Sebab Tak Perlu Lawat Malaysia

Sumber: Bernama

The post Polis Mohon Bantuan Kesan Nor Adlina appeared first on Siakap Keli.