Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Nor Afiza

24 Jun 2026 • 10:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Nor Afiza

Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Nor Afiza

Polis Daerah Taiping meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita hilang, Nor Afiza Zainuddin, selepas kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya pada 16 Jun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Taiping Supt Mohd Ariffridzuan Ezahar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan wanita berusia 41 tahun itu pada 18 Jun.

Nor Afiza dikatakan keluar dari rumahnya di Taman Mewah, Kamunting dengan memandu sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna putih.

"Hasil siasatan awal mendapati pada 16 Jun, Nor Afiza telah keluar rumah dengan alasan menghadiri sesi temu duga di sebuah hotel di Kuala Kangsar.

"Pada 21 Jun, pihak polis telah menjumpai kenderaan miliknya di tempat rekreasi Kampung Paya Lintang, Batu Hampar, Padang Rengas.

"Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu berada dalam keadaan baik, di mana kunci kereta dan beberapa barangan miliknya seperti fail, sijil, beg telekung dan kasut berada dalam kenderaan tersebut," katanya.

Menurut Ariffridzuan lagi, Nor Afiza merupakan ibu kepada dua orang anak yang tinggal bersama bekas suaminya.

Baca juga:

Ujarnya, Nor Afiza berkulit sawo matang, hidung pesek, tinggi 155cm, berat 57kg dan memakai cermin mata.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan Nor Afiza diminta tampil ke balai polis berhampiran.

Image from: Polis Mohon Bantuan Orang Ramai Kesan Nor Afiza

Anda juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Sanjay Shanmugam melalui talian 012-5039820 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping 05-8291222 untuk membantu siasatan.

Terdahulu, ahli keluarga Nor Afiza turut memohon bantuan orang ramai untuk mengesan wanita itu.

“Kami sebagai ahli keluarga amat bimbang dan berharap ada sebarang khabar berita yang dapat membantu usaha pencarian beliau,” kata ahli keluarganya, Shahril Hashim.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved