Polis mula berkumpul, Najib balik rumah selepas solat Jumaat?

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 11:54 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis mula berkumpul, Najib balik rumah selepas solat Jumaat?

KUALA LUMPUR – Polis dilihat memperketatkan laluan masuk ke kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, di sini pagi ini, dipercayai persediaan menyambut bekas Perdana Menteri itu bagi menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Najib mungkin dibenarkan pulang selepas dilaporkan sudah menjelaskan bayaran yang ditetapkan.
Sejak jam 10.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul dilihat tiba di kawasan kediaman Najib.

Pada 10.45 pagi, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam bersama timbalannya dilihat tiba di lokasi sama.

Pegawai polis yang berada di lokasi turut meminta pihak media tidak mendekati kediaman itu, namun membenarkan liputan dari kawasan simpang masuk ke rumah berkenaan.

Pada masa ini, beberapa kenderaan polis serta hampir 30 pegawai dan anggota dilihat sedang bersiap-sedia mengawasi sekitar kawasan kediaman Najib.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang diterima, Najib dijangka pulang ke kediamannya selepas solat Jumaat petang ini.

The post Polis mula berkumpul, Najib balik rumah selepas solat Jumaat? appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved