
Polis menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa seorang anggotanya cedera ditikam Orang Asli ketika menjalankan tugas rondaan dan pemantauan keselamatan di sekitar kawasan hutan simpan kekal (HSK) Ramsar, Tasik Bera.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintendan Zulkifli Nazir berkata penyebaran berita palsu itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
Katanya, berita itu bukan sahaja boleh mendatangkan kegusaran awam, malah ia juga boleh mencetuskan insiden keselamatan yang lebih besar serta menjadi tidak terkawal.
Polis Nafi Ditikam Orang Asli Di Tasik Bera
"Pihak polis menafikan dakwaan berkenaan dan ianya adalah berita yang tidak benar serta tidak bertanggungjawab.
"Penyebaran kandungan sebegini bukan sahaja berpotensi mendatangkan kegusaran awam bahkan boleh mencetuskan insiden keselamatan yang lebih besar serta menjadi tidak terkawal," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan beberapa laporan berkenaan penularan dakwaan itu juga telah diterima, termasuk laporan dari luar daerah.
Baca juga:
Lelaki Sempat Kahwin Sehari Sebelum Jalani Hukuman Mati
Kuala Lumpur Bandar Paling Tercemar, Kualiti Udara Sangat Tidak Sihat - IQAir
Susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
"Beberapa laporan polis telah diterima berkait isu tular berkenaan termasuk daripada daerah luar.
"Kes disiasat di bawah seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.
"Jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," ujarnya.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan sebarang kandungan yang tiadk benar atau belum disahkan.
Ini khususnya kandungan yang berpotensi mencetuskan salah faham, kebencian serta persepsi negatif terhadap mana-mana individu atau komuniti.






