Polis Perak cadang tubuh pos kawalan PGA di empat daerah

LocalPolitics
15 Sep 2026 • 1:22 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Polis Perak cadang tubuh pos kawalan PGA di empat daerah

LUMUT – Polis Perak bercadang menubuhkan Pos Kawalan Kekal Pasukan Gerakan Am (PGA) membabitkan empat buah daerah bagi membanteras jenayah rentas sempadan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Mohammad Azlin Sadari berkata, penubuhan kos kawalan kekal itu akan membabitkan empat buah daerah iaitu Manjung, Bagan Datuk, Taiping dan Kerian.

Katanya, ketika ini pihaknya menjangkakan untuk menubuhkan sekurang-kurangnya 10 pos kawalan terbabit bagi mengekang kegiatan seperti kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini.

“Di Selangor ada sebanyak 20 pos kawalan ini manakala di Johor pula sebanyak 22 pos, berbanding di Perak hanya satu iaitu di Bagan Datuk.

“Kawalan ketat PGA di Selangor dan Johor menyebabkan sindiket dan PATI menukar laluan masuk dan keluar sempadan ke negeri ini terutamanya di Manjung,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes (Kontraban/Perjudian/Bitcoin) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di sini.

Mengulas lanjut, Mohammad Azlin berkata, sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini, statistik mencatatkan peningkatan tangkapan PATI yang cuba masuk atau keluar di Perak iaitu seramai 473 orang.

“Peningkatan ini ketara selepas projek tambahan pos PGA di Selangor pada 2024,” katanya.

Sementara itu, berdasarkan rekod penguatkuasaan bagi tempoh 2021 hingga Ogos lalu, Pasukan Polis Marin (ppm) menahan 69 individu di bawah Akta Imigresen 1959/63, 24 kes Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) serta 85 kes Akta Kastam 1967.

Katanya, nilai rampasan mencecah RM15,834,527 bagi kes-kes berkenaan.

“IPD Manjung mencatatkan tangkapan tertinggi melibatkan 884 individu di bawah Akta Imigresen dan 442 tangkapan melibatkan kes jenayah, dengan warga Indonesia dan Myanmar sebagai majoriti.

“IPD Bagan Datuk merekodkan sejumlah 295 tangkapan di bawah Akta Imigresen, manakala IPD Kerian dan IPD Taiping masing-masing mencatatkan 285 dan 236 kes keseluruhan yang merangkumi kesalahan imigresen, jenayah, dan narkotik. – KOSMO! ONLINE

The post Polis Perak cadang tubuh pos kawalan PGA di empat daerah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved