Polis Sahkan Mayat Pemancing Kedua Ditemukan Di Perairan Perak

18 Sep 2026 • 10:55 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Polis Sahkan Mayat Pemancing Kedua Ditemukan Di Perairan Perak

SHAH ALAM, 18 Sept (Bernama) -- Polis mengesahkan seorang lagi pemancing yang dilaporkan hilang di One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam, Klang, ditemukan lemas di perairan Hutan Melintang, Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Ramsay Embol berkata identiti mangsa lelaki itu dipercayai Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37, berdasarkan pengecaman awal waris keluarga.

Beliau berkata pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerima maklumat daripada sebuah bot nelayan berhubung penemuan mayat lelaki dalam keadaan terapung di perairan Perak kira-kira 4.26 petang semalam.

"Pada 5.05 petang, Kapal Maritim (KM) Nusa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak tiba di lokasi dan mengesahkan penemuan mayat itu.

"Hasil pengecaman awal oleh seorang waris berdasarkan gambar dan kasut dipakai, mayat itu dipercayai Muhammad Ridzuan iaitu seorang daripada dua mangsa yang masih hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata mayat itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam dan akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat.

Beliau berkata penemuan terbaharu itu menjadikan enam daripada tujuh mangsa telah ditemukan setakat ini.

Baca juga:

"Empat mangsa dalam keadaan selamat, dua meninggal dunia manakala seorang lagi iaitu Raja Mohd Rozi Raja Mahamud berumut 49 tahun belum ditemukan.

"Operasi SAR hari keempat ditangguhkan pada 9 malam tadi dan disambung semula 7 pagi ini dengan penglibatan polis, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta agensi berkaitan bagi mengesan mangsa terakhir," katanya.

Pada Isnin lepas, APMM Selangor melancarkan SAR selepas menerima laporan berhubung kehilangan tujuh pemancing di One Fathom Bank pada 3.35 pagi.

Empat daripada mereka ditemukan selamat di perairan Sekinchan pada hari kedua operasi itu sebelum mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Pada Rabu lepas, polis mengesahkan penemuan mayat Mohd Shahril Abd Rahman, 43, di perairan Hutan Melintang pada 8.30 pagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved