Polis sahkan rangka manusia dalam bungkusan guni di kebun

4 Aug 2026 • 9:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis sahkan rangka manusia dalam bungkusan guni di kebun
Polis sedang mengesan identiti individu terlibat.

KANGAR - Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam bungkusan guni di kawasan kebun berhadapan sebuah kilang di sini pada 26 Julai ialah rangka manusia.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, pihaknya sedang mengesan identiti individu terlibat dan menjalankan siasatan sama ada wujud unsur jenayah dalam penemuan itu.

"Tulang disahkan tulang manusia. Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis masih meneruskan siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa. 

Pada 26 Julai, Yusharifuddin memaklumkan polis menerima maklumat mengenai penemuan guni itu daripada seorang lelaki yang melakukan kerja meracun di kebunnya. - Bernama 

 

 

 

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved