Operator kilang maut dilanggar ketika bantu mangsa kemalangan

LocalCars
4 Aug 2026 • 7:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Operator kilang maut dilanggar ketika bantu mangsa kemalangan

ARAU: Seorang operator kilang berusia 39 tahun maut dilanggar ketika sedang menghulurkan bantuan kepada mangsa kemalangan dalam kejadian di Jalan Kuala Perlis-Changloon berhampiran Sungai Chempa di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, pihaknya menerima maklumat menerusi panggilan dari Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau pada pukul 7.25 pagi berhubung kemalangan tersebut yang melibatkan dua buah kenderaan jenis Honda City dan Perodua Axia.

Ahmad Mohsin berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta Honda City berusia 36 tahun sedang memandu dari arah Arau melalui Jalan Kuala Perlis-Changloon menghala ke arah Ulu Pauh.

“Semasa tiba di lokasi kejadian, pemandu itu telah terlanggar lopak air di atas jalan dan menyebabkannya terbabas ke kiri lalu melanggar pokok,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Mohsin berkata, selepas kemalangan itu, seorang operator kilang ingin membantu mangsa terlibat namun dalam masa sama, sebuah kereta Perodua Axia telah terbabas ke kiri jalan lalu melanggar kedua-dua mangsa.

Katanya, akibat pelanggaran itu, operator kilang terbabit telah tercampak ke dalam parit yang berada di kiri jalan menghala ke Changloon dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Manakala pemandu Perodua Axia berusia 35 tahun mengalami patah rusuk dan pemandu Honda City pula patah kaki dan rusuk. Kedua mereka dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Mayat mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Unit Forensik HTF bagi menjalani proses bedah siasat pada pukul 3 petang. Siasatan kes masih dijalankan dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987,” katanya.-UTUSAN

The post Operator kilang maut dilanggar ketika bantu mangsa kemalangan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved