Rangka dalam guni di Behor Mali disahkan manusia

4 Aug 2026 • 4:53 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rangka dalam guni di Behor Mali disahkan manusia

KANGAR – Polis mengesahkan rangka yang ditemukan dalam guni di sebuah kebun berhadapan kilang beras di Behor Mali, di sini pada 26 Julai lalu milik manusia.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, buat masa ini kes diklasifikasi sebagai mati mengejut (SDR) sementara siasatan lanjut diteruskan.

“Kita masih menyiasat sama ada wujud unsur jenayah atau tidak. Selain itu, polis sedang giat mengesan identiti mangsa, waris atau ahli keluarga bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, beberapa tindakan susulan sedang dijalankan termasuk mendapatkan laporan penuh forensik selain meneliti petunjuk yang diperoleh di lokasi kejadian.

Kosmo! pada 26 Julai lalu melaporkan seorang pekebun menemukan bungkusan guni reput dipercayai mengandungi rangka ketika meracun rumput di kebunnya sebelum membuat laporan polis pada pukul 10.48 pagi. – KOSMO! ONLINE

The post Rangka dalam guni di Behor Mali disahkan manusia appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved