Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Baru-baru ini, kenyataan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie, kembali mencuri tumpuan ramai di media sosial.
Menerusi hantaran Dr. Fie di Threads, Dr Fie menitipkan pesanan terbuka kepada umum agar segala urusan antara mereka dapat diselesaikan dengan baik demi kebahagiaan anak-anak.
Malah, dia turut berharap agar dirinya dilepaskan dengan penuh keikhlasan serta mementingkan hubungan baik sebagai ibu bapa.
Artikel berkaitan : “Korangnya pun memang la awal semuanya wangi” – Dr Fie Bagi Respon Dipertikai Tayang Kebahagiaan
Artikel berkaitan : Barang Kemas Dan Wang Tunai Hilang, Dr Fie Tawfek Buat Laporan Polis Terhadap Bekas Suami
“Lepaskanlah saya dengan ikhlas. Berbaiklah demi anak-anak. Apa lagi yang kita nak dalam hidup ni? Fie nak syurga je buat kita semua,” tulisnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut tidak terlepas daripada pelbagai reaksi warga maya. Ada segelintir pihak yang mencelah dan mempersoalkan kenyataan itu, terutamanya berkaitan isu hutang yang sebelum ini didakwa dibangkitkan oleh bekas suaminya, Nubhan.
“Tapi kalau betul ada hutang itu, kena tanggung sendiri. Mana boleh lepas macam itu untuk anak-anak? Takkan nak kena bayar hutang orang lain, bayar dengan syurga? Maaf, tak faham kenyataan itu,” komen seorang individu.

Enggan berdiam diri, Dr. Fie segera membalas komen berkenaan dengan mencabar individu terbabit supaya mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan hutang tersebut.
“Buktikan itu hutang saya,” balasnya ringkas tetapi tegas.
Terdahulu, arena hiburan tanah air digemparkan dengan pendedahan Nubhan, 40, yang mendakwa kediamannya didatangi oleh beberapa individu dipercayai pengutip hutang yang sedang memburu bekas isterinya itu.
Menerusi perkongsian di media sosial, Nubhan menegaskan bahawa dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan diri, anak-anak, serta keluarganya terus terancam akibat krisis berkenaan.
Penyanyi itu turut mendedahkan bahawa dia sebelum ini sengaja memilih untuk mengunci mulut dan tidak terlalu mendedahkan kemelut rumah tangganya kepada umum kerana bimbang keselamatan serta maruah ahli keluarganya menjadi mangsa kecaman netizen.
Sumber : Gempak
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.





