Polis sahkan tiga bom mortar ditemui di Dengkil, Sepang

3 Oct 2026 • 6:18 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis sahkan tiga bom mortar ditemui di Dengkil, Sepang

Tiga bom mortar, satu 81mm dan dua 60mm, ditemui di Dengkil. UPB PDRM memusnahkannya dengan selamat dan terkawal pagi ini tanpa sebarang kejadian.

SEPANG: Polis mengesahkan penemuan tiga bom mortar di Kampung Dato Ahmad Razali, Dengkil, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata kesemua bom itu ditemukan seorang lelaki ketika mengasingkan barangan besi buruk daripada sebuah tong Roll-On Roll-Off (RORO) di kawasan luar sebuah rumah.

Beliau berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan bom itu kira-kira 3 petang sebelum sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi untuk menjalankan kawalan keselamatan.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Diraja Malaysia yang menjalankan pemeriksaan mendapati objek berkenaan terdiri daripada tiga bom mortar iaitu satu butir berukuran 81 milimeter (mm) dan dua butir berukuran 60mm,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norhizam berkata kesemua objek berkenaan kemudian dialihkan oleh UPB ke lokasi selamat untuk tindakan pemusnahan.

“UPB menjalankan kerja-kerja pemusnahan kira-kira 9.20 pagi ini di sebuah tapak lapang pembinaan di Dengkil dan selesai pada 9.25 pagi dalam keadaan selamat serta terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan,” katanya.

Norhizam turut menasihati orang ramai supaya tidak menyentuh, mengalih atau menghampiri sebarang objek yang disyaki bahan letupan dan segera menghubungi polis sekiranya menjumpai objek sedemikian.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved