Polis Sandakan tumpas operasi proses air ketum

LocalPolitics
19 Aug 2024 • 2:59 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Polis daerah menumpaskan operasi memproses air ketum yang didalangi seorang lelaki pada Jumaat.

Menurut Timbalan Ketua Polis Sandakan, Superintenden K. Ramasamy suspek berusia 42 tahun itu ditangkap sekitar tengah hari ketika sedang memproses air ketum dirumahnya di Taman Tai Fai Yen.

Polis juga merampas serbuk ketum, air ketum, peralatan memproses dan menyimpan air ketum serta cecair rokok elektronik yang disyaki mengandungi dadah bernilai RM25,230.

“Suspek kelahiran Semenanjung itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tinggal bersama isteri dan lima orang anak di rumah berkenaan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more “Saringan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah. Suspek mempunyai lima rekod lampau kes di bawah Akta Dadah Berbahaya dan Akta Racun 1952,” katanya pada Ahad.

K. Ramasamy berkata, siasatan awal mendapati suspek menjalankan aktiviti memproses air ketum sejak dua tahun lalu dan pernah ditangkap beberapa kali atas kesalahan sama.

“Modus operandi suspek adalah menjalankan aktiviti memproses dan menjual sendiri air ketum kepada pelanggan tetap dengan menyamar sebagai penghantar makanan bagi mengaburi mata pihak polis.

“Polis juga sedang mengesan pembekal-pembekal terlibat dalam aktiviti pengedaran serbuk ketum dan cecair rokok elektronik ini,” katanya.

K.Ramasamy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Tambahnya, polis akan terus meningkatkan usaha dalam menjalankan risikan maklumat bagi menumpaskan kegiatan penagihan dan pengedaran dadah di daerah ini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.