Polis Selangor tumpas sindiket ganja RM12.6 juta, tujuh warga asing ditahan

LocalPolitics
8 May 2026 • 12:19 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Polis Selangor tumpas sindiket ganja RM12.6 juta, tujuh warga asing ditahan

SHAH ALAM, 8 MEI: Polis Selangor menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis bunga ganja bernilai RM12.6 juta menerusi beberapa serbuan di Sepang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), akhir bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata operasi yang dijalankan pada 28 dan 30 April itu melibatkan tiga serbuan di Terminal KLIA serta sebuah kediaman di Kota Warisan.

Menurutnya, operasi berkenaan membawa kepada penahanan tujuh lelaki warga asing berusia antara 18 hingga 27 tahun.

“Hasil pemeriksaan ke atas bagasi serta premis kediaman, polis merampas sebanyak 156.7 kilogram bunga ganja.

“Rampasan itu dianggarkan mampu membekalkan kepada kira-kira 523,000 pengguna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata selain dadah, pihaknya turut menyita sebuah jam tangan mewah jenama Audemars Piguet bernilai RM80,000 serta wang tunai dalam pelbagai mata wang.

Menurutnya, semua suspek yang menggunakan pas lawatan sosial itu didapati positif dadah jenis THC dan kini direman bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved