Cubaan warga asing lolos sekatan polis gagal, kereta dipandu terbabas

8 May 2026 • 8:44 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Cubaan warga asing lolos sekatan polis gagal, kereta dipandu terbabas

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Tindakan lelaki warga asing memandu secara berbahaya bagi mengelak pemeriksaan polis, mengundang padah selepas kereta itu terbabas di Jalan Johar berhampiran Pavilion Damansara Heights, di sini awal pagi tadi.

​Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shamsudin Mamat berkata kejadian berlaku pada 2.15 pagi semasa polis cuba menahan kereta Honda City di Lebuhraya Persekutuan yang menghala ke ibu negara untuk pemeriksaan.

“Pemandu kenderaan itu bertindak memecut kenderaan dan dikejar polis menghala ke Lebuhraya SPRINT serta memasuki susur ke Kuala Lumpur sebelum terbabas lalu melanggar papan tanda di pusingan U.

​”Polis menahan pemandu lelaki dan seorang penumpang wanita warga asing berusia 20-an di lokasi kejadian manakala seorang lagi suspek melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

​Beliau berkata pemeriksaan lanjut bagaimanapun tidak menemui bahan mencurigakan seperti dadah atau senjata berbahaya dalam kenderaan itu.

Shamsudin berkata semakan mendapati kereta itu didaftarkan atas nama seorang lelaki tempatan dan tiada rekod dilaporkan hilang.

​Beliau berkata dua suspek itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan direman sehari pada hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, iaitu menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta Seksyen 279 kanun sama kerana memandu dengan gopoh di jalan awam.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved