Polis siap sedia sambut ‘kepulangan’ Najib

LocalPolitics
6 Nov 2026 • 11:31 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis siap sedia sambut ‘kepulangan’ Najib

KUALA LUMPUR: Polis mula memperketatkan laluan masuk di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, di Jalan Langgak Duta, di sini, sebagai persediaan menyambut kepulangannya selaras dengan arahan perintah tahanan rumah.

Najib, 73, berkemungkinan akan dibenarkan pulang ke kediamannya selepas dilaporkan telah menjelaskan bayaran yang ditetapkan.

Sejak pukul 10.30 pagi tadi, sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, mula tiba di kawasan kediaman Najib.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam, bersama timbalannya dilihat tiba ke lokasi sama pada 10.45 pagi.  

Pada masa ini, beberapa kenderaan polis serta kira-kira 30 pegawai dan anggota sedang bersiap-sedia mengawasi sekitar kawasan kediaman Najib.

Pegawai polis yang berada di lokasi turut meminta pihak pengamal media untuk tidak mendekati kediaman bekas pemimpin UMNO itu.

Bagaimanapun, pengamal media hanya dibenarkan membuat liputan dari kawasan simpang masuk ke rumahnya.

Sementara itu, Anuar Bakri ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kemungkinan Najib akan mula menjalani perintah tahanan rumah hari ini. 

“Tiada maklumat, namun kita (pihak polis) sedang bersedia,” katanya. 

Difahamkan, berdasarkan maklumat diterima, Najib dijangka akan pulang ke kediamannya selepas solat Jumaat, petang ini.- UTUSAN

The post Polis siap sedia sambut ‘kepulangan’ Najib appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved