Polis siasat isu tudung corak jalur gemilang tidak lengkap

LocalPolitics
30 Aug 2026 • 10:41 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Polis siasat isu tudung corak jalur gemilang tidak lengkap

Polis siasat penjualan tudung bercorak Jalur Gemilang tidak lengkap di sebuah pasar raya di Subang Jaya selepas video tular di media sosial

KUALA LUMPUR: Polis sedang menyiasat isu video tular di media sosial mengenai penjualan tudung bercorak Jalur Gemilang, yang didakwa tidak lengkap di sebuah pasar raya di Subang Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya menerima laporan polis mengenai perkara itu, kira-kira 4.49 petang semalam.

“Hasil siasatan awal mendapati hanya sebahagian tudung berkenaan mempunyai corak Jalur Gemilang tidak lengkap, yang diterima daripada pihak pembekal.

“Pasar raya berkenaan telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan serta mengasingkan tudung yang dikenal pasti tidak mempunyai corak Jalur Gemilang sepenuhnya daripada kawasan jualan, bagi mengelakkannya dijual di pasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azlan berkata susulan penularan video berkenaan, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963, berkaitan penggunaan Jalur Gemilang yang tidak menepati sifat yang ditetapkan.

Beliau berkata siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara yang tular di media sosial dan memberi ruang kepada polis menjalankan siasatan, selain meminta mereka yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerusi talian 03-7862 7100”, katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved