Polis siasat jualan tudung pamer corak Jalur Gemilang tidak lengkap

LocalPolitics
30 Aug 2026 • 9:29 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis siasat jualan tudung pamer corak Jalur Gemilang tidak lengkap
Polis terima laporan berhubung kejadian jam 4.49 petang pada Sabtu

SUBANG JAYA - Polis menyiasat corak Jalur Gemilang tidak lengkap pada tudung yang dijual di sebuah pasar raya di sini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, laporan diterima pihaknya jam 4.49 petang pada Sabtu susulan tular video isu terbabit.

Menurutnya, siasatan awal mendapati hanya sebahagian tudung sahaja tidak mempunyai corak Jalur Gemilang yang tidak lengkap diterima daripada pihak pembekal.

"Pasar raya berkenaan telah mengambil langkah awal dengan mengeluarkan dan mengasingkan tudung yang dikenal pasti tidak mempunyai corak sepenuhnya daripada kawasan jualan bagi mengelakkan dijual di pasaran.

"Susulan penularan video itu, polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 iaitu penggunaan Jalur Gemilang yang tidak mencukupi sifat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan juga dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Tegas Wan Azlan, sehubungan itu pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang untuk polis menjalankan siasatan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menyalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 dan segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved