Polis siasat jualan tudung Jalur Gemilang corak tidak lengkap

30 Aug 2026 • 10:52 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Polis siasat jualan tudung Jalur Gemilang corak tidak lengkap

PETALING JAYA: Polis kini menyiasat video tular mengenai tudung bercorak Jalur Gemilang yang tidak lengkap yang dijual di sebuah pasar raya di Subang Jaya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.49 petang, semalam.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati keadaan itu hanya melibatkan sebahagian tudung yang diterima pasar raya berkenaan daripada pihak pembekal.

“Sebagai tindakan awal, pihak pasar raya berkenaan telah mengeluarkan serta mengasingkan tudung yang dikenal pasti mempunyai corak tidak lengkap itu daripada kawasan jualan bagi memastikan ia tidak dipasarkan kepada orang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Wan Azlan, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 berkaitan penggunaan Jalur Gemilang yang tidak mencukupi sifat.

Katanya, jika disabitkan kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Pihak polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana perbuatan sengaja mengaibkan dengan niat memecahkan keamanan.

“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya. – UTUSAN

The post Polis siasat jualan tudung Jalur Gemilang corak tidak lengkap appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved