Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

15 Jul 2026 • 12:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat kes seorang lelaki yang dipaksa ke dalam sebuah Proton Waja oleh sekumpulan individu, semalam. 

Rakaman video kejadian yang turur tular di media sosial memaparkan mangsa dipaksa masuk ke dalam sebuah Proton Waja. 

Insiden terbabit yang didakwa berlaku di Taman Impian Emas, Johor Bahru turut menimbalkan kebimbangan terhadap kemungkinan mangsa diculik.

Menurut saksi, orang awam sempat menjerit ke arah kumpulan terbabit, namun tidak diendahkan.

Mereka bagaimanapun tidak berani menghampiri kumpulan tersebut kerana bimbang akan keselamatan diri.

Rakaman video kejadian berdurasi 35 saat yang dimuat naik di Facebook turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara ketika dihubungi Harian Metro memaklumkan, kes berkenaan masih dalam siasatan. - Getaran, 15 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved