KEPALA BATAS - Polis sedang menjalankan siasatan terhadap satu kes kecurian barangan kemas di sebuah kedai emas di Pusat Perniagaan Kepala Batas di sini.
Kes tersebut melibatkan seorang lelaki yang didakwa telah melarikan seutas rantai tangan pada petang Rabu.
Kes tersebut disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Superintenden C Tharmalingam.
"Kes disahkan berlaku. Masih dalam siasatan.
"Akan dimaklumkan kemudian," katanya menerusi aplikasi Whatsapp pada Rabu.
Kejadian berkenaan kini tular di media sosial yang mana, pemilik kedai emas berkenaan meminta orang ramai yang mengenali lelaki berkenaan supaya menghubunginya.
Difahamkan, lelaki berkenaan ke premis berkenaan bersama anak perempuannya pada Sabtu lalu namun tiada sebarang pembelian dibuat.
Bagaimanapun lelaki berkenaan kembali ke premis berkenaan pada Rabu untuk melihat barangan kemas lalu membawa lari seutas rantai tangan.
Ends.





