Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat along, rampas lima kad ATM

LocalBusiness & Finance
5 Sep 2026 • 5:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat along, rampas lima kad ATM
Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along serta pemilikan dan penggunaan kad ATM orang lain dalam Ops Vulture di Teluk Intan, semalam. Foto hiasan

IPOH - Polis menahan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kegiatan pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along serta pemilikan dan penggunaan kad Mesin Teler Automatik (ATM) orang lain dalam Ops Vulture di Teluk Intan, semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, suspek pertama ditahan di mesin ATM sebuah bank semasa melakukan pengeluaran wang dan pemeriksaan menemukan dua kad ATM dipercayai milik orang lain serta wang tunai RM300.

"Siasatan awal terhadap suspek membawa kepada pemeriksaan di sebuah premis pinjaman wang di Jalan Ah Cheong, Teluk Intan dan penahanan seorang lagi lelaki,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Kok Lian berkata, rampasan membabitkan wang tunai RM300, lima kad ATM pelbagai bank, rantai tangan disyaki emas seberat 0.6 gram dan 3.2 gram serta sekeping loket disyaki emas seberat 0.5 gram dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM2,050.

Beliau berkata, polis memperoleh perintah reman terhadap dua suspek itu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Kok Lian menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya menyerahkan atau membenarkan kad ATM digunakan individu lain walaupun ditawarkan ganjaran dan tidak terlibat dalam sebarang urusan mencurigakan melibatkan penggunaan akaun bank atau kad ATM.

"Penyalahgunaan akaun dan kemudahan perbankan bagi tujuan jenayah menyebabkan individu yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved