Kantoi keluar wang guna kad ATM individu lain

5 Sep 2026 • 5:29 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kantoi keluar wang guna kad ATM individu lain

TELUK INTAN – Dua individu dipercayai terlibat aktiviti along dan memiliki serta menggunakan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) milik orang lain ditahan menerusi Op Vulture di sekitar bandar ini semalam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Chua Kok Lian berkata, tangkapan itu dibuat sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak.

Dalam operasi pertama di sebuah bank, pihaknya menahan seorang lelaki yang sedang melakukan pengeluaran dan pemeriksaan menjumpai dua keping kad ATM dipercayai milik orang lain serta wang RN300.

“Hasil soal siasat, pihak polis kemudian melakukan pemeriksaan di sebuah premis pinjaman wang di Jalan Ah Cheong dan menahan seorang lagi lelaki.

“Kita menemukan tiga keping kad ATM dan barangan kemas seperti rantai tangan, loket dipercayai mempunyai kaitan dengan kegiatan yang sedang disiasat bernilai RM2,050,” katanya.

Kedua-dua suspek dibawa ke IPD Hilir Perak dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 dan Seksyen 424 Kanun Keseksaan.

Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti penglibatan kedua-dua suspek, pemilik akaun sebenar serta pihak lain yang mungkin mempunyai kaitan dengan kegiatan tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Kantoi keluar wang guna kad ATM individu lain appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved