
TOKYO: Seorang remaja 18 tahun ditahan di wilayah Hiroshima, barat Jepun, hari ini kerana disyaki menyebabkan kematian bayi lelaki berusia dua bulan dengan menutup kepala mangsa menggunakan beg plastik.
Polis berkata suspek, yang dipercayai bapa kepada bayi itu, mengaku melakukan perbuatan berkenaan tetapi menafikan mempunyai niat untuk membunuh.
“Bayi itu menangis dengan kuat dan saya fikir dia akan diam jika saya melakukan sesuatu seperti itu,” katanya.
Suspek didakwa menutup kepala bayi berkenaan dengan beg plastik sebelum meniarapkannya di kediaman mereka di Fukuyama antara pukul 5.30 pagi hingga 9 pagi pada semalam.
Bayi itu kemudian meninggal dunia akibat kegagalan pernafasan.
Ibu mangsa menghubungi talian kecemasan pada petang hari sama untuk memaklumkan kematian bayinya.- AGENSI
The post Tutup kepala bayi dengan plastik, remaja 18 tahun ditahan appeared first on Utusan Malaysia.





